நாளை சட்டசபை கூட்டம்: எடப்பாடி அரசு தப்பிக்குமா? அல்லது மீண்டும் ஓ.பி.எஸ்?
February 17, 2017
Kutipan tol secara elektronik di semua plaza PLUS mulai April
February 17, 2017

Zaid, Andy antara speaker di himpunan tolak RUU 355

intanbyline

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Ahli DAP, Zaid Ibrahim dan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong merupakan antara speaker yang akan berucap di Himpunan Rakyat Tolak Usul Hadi.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) BEBAS ini akan diadakan di Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya bermula jam 3-5 petang.

Selain itu, Andy turut mengesahkan yang beliau akan hadir ke perhimpunan itu sebagai salah seorang speaker.

Walaubagaimanapun, Andy menegaskan yang beliau bukannya hadir sebagai Timbalan Presiden Gerakan sebaliknya ia adalah atas kapasiti peribadi.

“Saya pergi ke sana atas kapasiti peribadi bukannya parti,” kata Andy kepada The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Sebelum ini, BEBAS dalam satu kenyataan berkata mereka akan mengadakan perhimpunan balas pada hari dan waktu yang sama dengan PAS tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka itu dan lokasi tersebut diberikan kepada PAS untuk mengadakan Himpunan RUU355.

Selain itu, Andy juga tidak membantah tindakan Pemuda Umno untuk membenarkan ahli mereka menyertai Himpunan RUU 355 yang dianjurkan PAS, esok, di Padang Merbok.

Katanya, perhimpunan tersebut bukannya perhimpunan haram kerana mereka telah mendapat kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menganjurkan perhimpunan itu.

“Itu terpulanglah kepada mereka (Pemuda Umno) nak sertai ataupun tidak kerana itu adalah hak mereka,” jawabnya ringkas.

Pada masa yang sama, Andy turut tidak menafikan akan ada ahli Gerakan lain yang akan menyertai Himpunan Rakyat Tolak Usul Hadi bersama-sama dengannya esok.

Walaubagaimanapun, mereka pergi ke sana bukan sebagai ahli Gerakan tetapi mereka hadir sebagai individu yang menentang RUU355.

Comments are closed.