Slot Akasia TV3, Dejavu di Kinabalu
Setelah lama menyepikan diri, pelakon dan penyanyi, Firdee Akassya bin Rosli atau lebih dikenali sebagai Aqasha kini kembali dengan drama terbaru, Dejavu di Kinabalu, yang turut memadankan beliau dengan pelakon utama Nur Kasih, Tizz Zakiah.
Dejavu di Kinabalu mengisahkan tentang kisah seorang wanita bernama Nadira yang menghidap penyakit jantung, dan kemudiannya menerima jantung baru dari seorang penderma yang tidak dikenali. Dia ditemukan dengan Ammar, seorang jejaka yang kematian kekasihnya secara tidak disengajakan beberapa kali ketika melawat ke Kinabalu. Entah kenapa, jantungnya selalu berdebar-debar apabila berjumpa dengan Ammar.
Sikap Nadira yang menyerupai arwah kekasihnya membuatkan Ammar mula jatuh hati pada Nadira. Nadira bagaimanapun sudah mempunyai kekasih iaitu Bazli yang sangat mengambil
berat tentangnya. Pertemuan Nadira dan Ammar membuahkan rasa sayang dalam diri masing-masing. Kegembiraan Ammar bagaimanapun tidak berpanjangan apabila beliau mengetahui
bahawa jantung bekas kekasihnya itu kini berada di dalam badan Nadira. Dapatkah beliau menerima hakikat tersebut?Bagaimana pula dengan Bazli yang terlalu mengambil berat tentang Nadira?
Dejavu Di Kinabalu menampilkan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.





