பாஸ் கட்சியின் ஆதரவு இன்றி ………
July 17, 2017
Dari kosmetik ke mikrofon: Lagu nyanyian Datuk Vida ‘meletop’ di media sosial
July 17, 2017

Siasatan dalaman FGV akan bermula 24 Julai – Sulaiman Mahbob

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Felda Global Venture Holdings Bhd  (FGV) mengumumkan penubuhan panel dalaman yang terdiri daripada tiga orang untuk menyiasat empat orang bekas ahli lembaga pengarahnya mulai 24 Julai ini.

Pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata, empat orang yang disiasat tersebut ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, bekas Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha serta dua lagi pegawai pengurusan kanan.

“Kami melakukan proses yang adil untuk memastikan mereka diberi peluang mempertahankan diri, mengemukakan bukti dan mempunyai masa secukupnya untuk memberi respons kepada siasatan dalaman itu.

“Kami menyasarkan siasatan akan dapat diselesaikan menjelang 14 Ogos 2017,”  katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri FGV di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengesahkan penemuan bukti baharu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan siasatan sebelum ini.

“Kita akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan kes tersebut,” katanya.

Menurutnya, SPRM melakukan serbuan di pejabat Felda Investment Corporation (FIC) hari ini berikutan penemuan bukti baharu berkaitan pembelian hotel di London oleh FIC.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak mengetahui apa bukti baharu tersebut tetapi yakin Felda dan FIC akan terus bekerjasama dengan SPRM.– Benama

Comments are closed.