|Monday, January 16, 2017

Siapakah sebenarnya yang gila? 

ZAM INTERVIEW

Oleh Zainuddin Maidin 

MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan mensifatkan Tun Mahathir ” Gila” kerana mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing kerana katanya tanah itu tidak boleh dibawa balik ke negara asal mereka.

Siapakah sebenarnya  yang gila?

Pendatang dari China mulanya hanya membeli beberapa buah kedai di bandar- bandar di Malaya dan tidak membawa kedainya balik ke China tetapi akhirnya menjadikan semua bandar-bandar di Malaya dan Malaysia sebagai pekan China.

Kerajaan British dan seterusnya kerajaan Malaya dan Malaysia mengekalkan tanah simpanan Melayu supaya orang Melayu tidak boleh menjual tanah dengan sewenang -wenang kepada orang orang asing dan bagi mengekalkan  pemilikan Melayu dan penempatan  Melayu.

Jika liberalisme Nazri wujud sejak lepas merdeka di era Tunku dan Tun Abdul Razak barangkali sudah tidak ada kampung Melayu hari ini seperti tidak adanya lagi penguasaaan Melayu ke atas Felda kecuali hanya diatas kertas.

Oleh kerana adanya kesedaran nasionalisme yang tinggi di bawah kepimpinan Tun Razak dan mahukan  orang Melayu berada di bandar-bandar untuk membolehkan orang Melayu menyaingi orang China maka Tun  Razak telah menginisiatifkan  penubuhan UDA  untuk membina kedai- kedai atau tapak perniagaan bagi orang Melayu.

Tun Mahathir menerusi PNB  telah berjaya merampas semula seluas lebih 200,000 ekar tanah getah dan kelapa sawit  yang dimiliki oleh British ( Guthrie) menerusi serangan waktu subuh di London Stock Exhchange pada 7 septmber 1981

Maka itu sudah lah sampainya bagi memenuhi nafsu liberalisme dan globalisme Najib &Nazri,  kita hapuskan  Tanah Simpanan Melayu kerana tanah-tanah itu menurut peguam  UMNO yang tidak gila atau pun tidak tiga suku  Nazri Aziz tidak akan boleh dibawa balik ke nagara China.

Malaysia boleh jadi negara China  tanpa orang China  membawa balik tanah negara ini  ke negara China.

Hidup Nazri! Hidup Najib! Hidup UMNO!

*Tan Sri Zainuddin Maidin merupakan seorang bekas menteri penerangan. Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Times.