All flood evacuees in Sabah’s Pitas district return home
January 6, 2017
ATM beri jaminan bantu baik pulih rumah rosak akibat banjir
January 6, 2017

PRU14: Pilihan raya paling buruk dalam sejarah – PKR

Intanbyline

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meramalkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang akan menjadi pilihan raya paling ‘buruk’ dalam sejarah.

Menurutnya, pilihan raya kali ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secukup-cukupnya bagi menjamin kemenangan Umno/ Barisan Nasional (BN).

“Sejak dari awal lagi proses persempadanan semula saya telah menjangkakan ini akan melonjakkan lagi undi popular dan jumlah kerusi dimenangi.

“Saya lihat setiap kali trend selepas persempadanan semula dilakukan, SPR adalah alat agen Umno/Barisan Nasional (BN) iaitu persempadanan dibuat untuk menambah kerusi-kerusi Umno.

“Sebab itu, kita perlu bersedia pilihan raya kali ini akan jadi pilihanraya paling buruk,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program Jelajah Siap Siaga Keadilan yang dirasmikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah di sini, hari ini.

Selain itu, beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR turut enggan mengulas sama ada partinya itu dan juga parti-parti komponen dalam Pakatan harapan telah mengadakan perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengenai pembahagian kerusi bagi PRU akan datang.

“Saya percaya keputusan yang terbaik hanya boleh dicapai melalui perbincangan yang diadakan dalam pintu tertutup,” jawabnya ringkas.

Pada masa yang sama, beliau juga menolak mana-mana dakwaan mengatakan PPBM merupakan satu liabiliti kepada Pakatan Harapan dalam PRU akan datang ekoran daripada beberapa kontroversi yang membelengu parti yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

“Saya seorang yang percaya agenda reformasi. Saya percaya kita harus beri keutamaan tumpuan kita kepada rakyat. Dalam keadaan ini, kita perlu fokus pada perpaduan.

“Marah macam mana pun, kecewa macam mana pun, tetapi pada akhirnya ia adalah tentang bagaimana kita ingin mengekalkan perpaduan,” jelasnya.–TMT

 

Comments are closed.