|Tuesday, April 25, 2017

PH terima Bersatu, akan wujud logo baru 

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan dengan sebulat suara menerima hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai anggota pakatan tersebut.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diadakan hari ini.

“Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada BERSATU untuk memaklumkan perkara tersebut,” menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

17309200_919456361490974_1920796052678592456_n

 

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Mereka berkata Mesyuarat Majlis Presiden juga akan bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan.

“Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru,” kata mereka.