Weak USD boosts sentiment for ringgit
May 16, 2017
மாணவர்களை செதுக்கும் சிற்பிகள்
May 16, 2017

Perkasa tak kenal MCA atau DAP musuh bangsa

Oleh Zainuddin Maidin

WALAUPUN Perkasa mengisytiharkan dirinya sebagai NGO tetapi kerana pemimpin besarnya Datuk Ibrahim Ali  seorang tokoh politik kontroversi sekian lama maka pandangan dan tindak tanduknya   selalu dianggap berpolitik.

Maka itu sikapnya mendiamkan diri atas kehadiran ribuan pekerja dari China mendahului projek berbillion ringgit  yang belum pasti dan yang belum bermula menarik perhatian umum terutama masyarakat Melayu.

Beliau dilihat  memberikan perhatian kepada soal Zakir Naik seorang pendakwah India yang mencari perlindungan di negara ini sehingga Perkasa mengisytiharkan  perang terhadap MIC  dan  melalaikan  ancaman yang lebih menggugat yang didatangkan oleh MCA.

Menurut Bernama Jabatan Imigrasi telah mengeluarkan 2,485 permit kerja sementara dan 1,682 permit pekerjaaan dan profesional bagi pekerja asing dari China yang mendahului kedatangan projek negara itu  bagi empat lokasi termasuk bagi projek Forest City di Gelang Patah yang belum pasti.

Ini terpaksa dilakukan setelah pekerja-pekerja asing itu berada dalam keadaan bangsat  tanpa pekerjaan dan tempat kediaman yang dijanjikan menjadi suatu pandangan yang  mencemarkan Negeri Johor dan Bangsa Johor

Perseteruan Ibrahim yang melampau  terhadap DAP sehingga beliau tidak dapat melihat peranan MCA dalam mendapat keistemewaan membawa projek dari China dan pekerja asing  dari China  dengan pertolongan  tangan yang terselindung.

MCA adalah parti komponen kerajaan BN dan bekas presidennya Ong Ka Teng tidak boleh dinafikan kejayaan peranannya sebagai Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China dalam  membantu  membawa masuk modal China ke Malaysia dan juga mengeratkan lagi hubungan dengan negara itu.

Difahamkan  kehadiran pekerja asing  itu adalah kerana adanya orang tengah yang tidak terkawal oleh pihak imigrasi.Kecurangan ini telah pun berlaku sebelum projek-projek China berbillion ringgit tiba  dan bagaimanakah kelak bila telah beroperasi di bawah  restu kerajaan.

Orang-orang UMNO sedang berada dalam euphoria dan hysteria  harapan perpaduan Melayu Islam dengan Pas yang secara diam-diam di kongsi bersama oleh Datuk Ibrahim.

Mereka  sedang memperhitungkan ini  sebagai  kebangkitan  kuasa Melayu dan Islam yang boleh bertahan menghadapi  kuasa kapitalis Cina di negara ini tetapi realiti ialah “Money Is The King” yang  akan memijak  semua sentimen dan kekuatan yang berasaskan pada emosi semata.

*Tan Sri Zainuddin Maidin merupakan seorang bekas menteri penerangan. Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Times.

Comments are closed.