Warga Myanmar edar dadah kepada nelayan
October 25, 2013
Modified GST may result poor paying less taxes
October 25, 2013

Pemilihan UMNO 2013 tidak cacatkan PRK Sg Limau

YAN, 25 Okt: Pemilihan UMNO 2013 yang berakhir minggu lalu sedikit pun tidak mencacatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 Nov depan.

Sebaliknya menurut bekas Ketua bahagian Jerai, Datuk Shuhaimi Abdullah mereka dapat bersatu padu dengan sama-sama mengembeleng tenaga bergerak di semua peringkat dalam usaha  untuk membantu kemenangan BN kelak.

“Saya dan Ketua bahagian yang baru, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah bersatu… saya juga menjadi timbalan pengarah pilihan raya di PRK ini dan sama-sama menjalankan tanggungjawab di peti-peti undi. Saya yakin kalau beginilah caranya calon kita tidak akan menghadapi masalah,” kata beliau.

“Di Sungai Limau ini 25 tahun tidak mendapat pembangunan sebenarnya. Tidak ada pejabat Pos… Kita tidak ada Bank.. Kalau kita ada ATM kad kita kena pergi Kota Sarang Semut walaupun tempat ini dulunya diperintah oleh bekas MB…Jadi kemahuan pembangunan  oleh rakyat Sungai Limau tinggi. Dengan peluang ini saya yakin mereka akan rasional,” kata Jamil.

Tambah beliau lagi, “Saya orang UMNO bukannya ‘ahli UMNO’.  Darah saya kalau toreh pun keluar darah UMNO… Saya ni menurut perintah Presiden dan beliau mahu pilihan raya kali ini menang.”

“Saya turun membantu bersama-sama Datuk Seri Jamil Khir berjalan bersama… dan saya lihat Pemuda, Wanita dan Puteri cukup bersatu,” ujar beliau kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN PRK Sungai Limau seterusnya menambah kemahuan pembangunan penduduk di Sungai Limau cukup tinggi.

“Selain itu kemenangan Pas di Sungai Limau ini  bukan sahaja tidak mampu untuk membawa Anwar ke Putrajaya malah Datuk Mukhriz Tun Mahathir pun masih MB Kedah,” ujar beliau. -MediaUMNO

Comments are closed.