PAS bantah konsert Elton John

Nasrudin Hassan Tantawi
Katanya, kerajaan haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan lebih peka dan menghalang segala faktor yang menyebabkan peningkatan berlakunya gejala sosial di negara ini.
“Kerajaan nampaknya tidak sedar terhadap gejala sosial yang melanda negara sedangkan konsert sebeginilah yang menjadi punca kepada kerosakan remaja seperti pergaulan bebas, gejala arak, dan ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis.
“Konsert sebegini boleh membawa kemudaratan dan saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana masalah sosial remaja di negara ini dapat dikurangkan sekiranya pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini.
Khalid Samad
Katanya, PAS sememangnya tidak membantah masyarakat untuk berhibur namun kami semenangnya tidak menyokong aktiviti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Konsert sebegini sememangnya tidak wajar diadakan agar golongan muda tidak terpengaruh dengan budaya yang ditonjolkan. Walaubagaimanapun, konsert ini bukan anjuran PAS, dan kami akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya masalah sosial di negara ini terus meningkat,” ujarnya.
Tahun lalu, Pemuda PAS turut menghalang konsert rock Elton yang diadakan di tempat yang sama atas alasan penyanyi itu adalah gay namun konsert itu tetap diteruskan dan mendapat sambutan hangat dari semua golongan masyarakat.






