“Saya akan pastikan wacana itu berjalan dengan baik” – Nazri
March 21, 2017
NDP strategic plan will address drug issue comprehensively – Nur Jazlan
March 21, 2017

Pandikar larang petugas media ‘jolok’ di Parlimen

intanbyline

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Petugas media tidak lagi dibenarkan membuat liputan di lobi Parlimen bermula jam 12 tengah hari ini.

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, kerajaan telah menyediakan ruang untuk petugas media menjalankan tugas mereka dan mereka sepatutnya menggunakan ruang tersebut sepenuhnya tanpa menganggu ruang legar di lobi Parlimen.

Oleh itu, beberapa minit selepas Pandikar membuat kenyataan tersebut, petugas media yang berada di lobi Parlimen telah ‘dihalau’ oleh pegawai keselamatan Parlimen dan tidak ada seorang pun yang dibenarkan untuk membuat liputan di hadapan lobi Parlimen.

IMG-20170321-WA0003

“Hanya di Malaysia sahaja, apabila ahli parlimen keluar dewan, petugas media akan bersiap sedia untuk ‘jolok’.

“Saya minta petugas-petugas media sila kembali ke bilik media yang telah disediakan,” kata Pandikar semasa berucap di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Kebiasaanya, ahli parlimen pembangkang akan membuat sidang media di hadapan pintu masuk Dewan Rakyat kerana ruang yang disediakan kepada mereka untuk membuat sidang media adalah di bilik petugas media yang berada di aras bawah.

Manakala, jika ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) yang ingin membuat sidang media pula mereka disediakan bilik sidang media bersebelahan Dewan Rakyat.

Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok sebelum ini yang mendakwa kerajaan “pilih kasih” dan tidak menafikan sekiranya ini adalah antara usaha kerajaan untuk mengekang petugas media membuat laporan di Parlimen.

Comments are closed.