PRU-13 buat Jaya Parthiban teruja
June 25, 2012
November Diisytihar Sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1malaysia
June 25, 2012

Najib Terima Kunjungan KSN Baru

Datuk Seri Dr Ali Hamsa

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan Ketua Setiausaha Negara yang baru Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang memulakan tugasnya secara rasmi pada Isnin.

 

Pertemuan itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini. Dr Ali, 57, mengambil alih jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara daripada Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa pada Ahad.

 

Sebelum ini Dr Ali menyandang jawatan Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri. Dr Ali turut dijadual menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di bangunan Parlimen tengah hari Isnin.

 

– BERNAMA

 

Comments are closed.