|Tuesday, April 25, 2017

Najib akan lancar Zon Perdagangan Bebas Digital Rabu ini 

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama pada Rabu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan di Parlimen hari ini.

Acara itu dilangsungkan sempena ketibaan Pengasas Alibaba Jack Ma.

Zon Perdagangan Bebas Digital yang diilhamkan oleh Najib, dirancang untuk menggalakkan lebih banyak pihak terlibat dalam sektor e-dagang negara.

— Bernama