1MDB probe: Swiss banker sentenced to 28 weeks in jail
January 11, 2017
Adenan’s ‘politics of wellbeing’ will be fondly remembered
January 11, 2017

MB Johor ucap takziah atas pemergian Adenan

JOHOR BAHRU, 11 Jan: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pemergian Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung di Sarawak tengah hari tadi sebagai kehilangan besar buat penduduk di negeri itu dan negara amnya.

Beliau berkata kehilangan Allahyarham sudah pastinya dirasai kerana Ketua Menteri Sarawak itu sedang rancak melaksanakan pelbagai inisiatif memajukan negeri itu.

“Bagi seluruh rakyat Johor, saya merakamkan ucapan takziah kepada Puan Sri Jamilah Anu (isteri Adenan) dan keluarga serta seluruh rakyat Sarawak di atas kepulangan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri) Adenan Satem ke rahmatullah.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 tengahari tadi di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching berikutan komplikasi jantung yang dialaminya.

Beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb, 2014.

Adenan telah membantu Barisan Nasional meraih kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei, tahun lepas.   — Bernama

Comments are closed.