Utusan’s Q3 pre-tax profit slips to RM1.09 mil
November 29, 2012
Najib: Anwar not a competent economic manager
November 29, 2012

Kerajaan Selangor lulus 6,998 permohonan hak milik tanah

SHAH ALAM, 29 Nov : Kerajaan Selangor telah meluluskan 6,998 permohonan hak milik tanah kepada rakyat negeri ini sejak 2008, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan negeri mempertimbangkan semua permohonan bagi mendapatkan hak milik tanah secara berkelompok.

“Semua permohonan secara berkelompok yang dipertimbangkan…yang menepati syarat, lengkap dan teratur telah diluluskan,” katanya ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Abdul Khalid berkata berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 17 Mei 2009, semua Pentadbir Tanah Daerah perlu mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah untuk pertimbangan MMKN secara berkelompok mengikut mukim dan daerah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Ronnie Liu berkata kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat menjimatkan RM54 juta setahun sejak mengambil alih kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dari Alam Flora Sdn Bhd mulai Oktober tahun lepas.

Menjawab soalan Lee Kim Sin (DAP-Kajang), beliau berkata Kerajaan Selangor mengambil keputusan untuk tidak menyertai penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora.

Bagaimanapun khidmat kontraktor Alam Flora masih digunakan sebelum pemberian kontrak baru mulai Mac lepas, katanya.

Ronnie yang juga ADUN DAP-Pandamaran berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji untuk menggunakan teknologi insinerator bagi melupuskan sampah.

“Kita juga melihat kaedah terbaik untuk menaik taraf tapak pelupusan sampah di Selangor,” katanya.

Menurutnya Belanda adalah antara negara termaju dalam mengendalikan pengurusan sisa pepejal. – BERNAMA


Comments are closed.