NDP strategic plan will address drug issue comprehensively – Nur Jazlan
March 21, 2017
Youth pleads guilty to stealing cash from mosque
March 21, 2017

Kecewa dengan Putrajaya, pemandu teksi serah memo kepada pembangkang

Intanbyline (1)

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Pemandu teksi seluruh Malaysia hari ini berkumpul di hadapan pintu masuk Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen pembangkang supaya mendesak kerajaan membatalkan aplikasi Uber dan GrabCar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Semalaysia, Zailani Isausuludin, jawatankuasa itu telah tiga kali menghantar memorandum kepada kerajaan supaya mengkaji semula rancangan mereka untuk “menghalalkan” Uber dan GrabCar.

“Tetapi sehingga hari ini masih tiada sebarang maklum balas dari mereka. Semua senyap sahaja.

“Tahun lepas kita jumpa SPAD, SKMM dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

“SKMM kata mereka tak boleh nak batalkan kedua-dua aplikasi itu kerana mereka perlu dapatkan pengesahan daripada SPAD.

“Bila kita pergi SPAD, mereka kata mereka tak boleh buat apa-apa kerana perlu dapatkan pengesahan dari pihak atasan.

“Kita pergi pula ke Nancy Shukri tetapi sehingga sekarang tak ada apa.

“Sebab itulah, kali ini kita serahkan memorandum kepada ahli parlimen pembangkang pula dengan harapan mereka dapat membawa suara kami ke Dewan Rakyat dan tidak membenarkan kerajaan sewenang-wenangnya lulus gubal undang-undang,” kata Zailani kepada pemberita dalam satu sidang media selepas tamat sesi penyerahan memorandum tersebut.

Antara pemimpin yang hadir menerima memorandum tersebut adalah Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Tian Chua, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul Gani dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Memorandum tersebut menyatakan hasrat pemandu teksi selama ini agar kerajaan membatalkan penggunaan Uber dan GrabCar kerana ia telah mengancam kedudukan dan pendapatan pemandu teksi seluruh Malaysia.

Selain itu, pemandu teksi wanita juga tidak terkecuali daripada isu ini kerana ada di antara mereka yang merupakan ibu tunggal dan tidak mempunyai pelajaran tinggi dan satu-satunya peluang mereka untuk mereka mencari nafkah adalah dengan memandu teksi.

Menurut Magais, 55, yang merupakan salah seorang pemandu teksi wanita dari Pulau Pinang, sebelum ini pendapatnya sehari boleh mencecah RM200 ringgit tetapi kini untuk mendapat RM5 satu hari pun sukar baginya.

“Macam mana kita nak cari makan? Kita nak bayar kete setiap bulan pun susah sejak adanya Uber dan GrabCar.

“Kalau kita nak cari kerja lain, tak semua dari kita ada pendidikan tinggi, jadi kita nak kerja apa? Tukang cuci tandas?” katanya kepada The Malaysian Times (TMT).

Selain itu, Magais turut menjelaskan dia tidak ada masalah sekiranya kerajaan menaik taraf teksi seluruh teksi dan menjadikannya setaraf dengan Uber dan GrabCar.

“Kita bawa teksi kita ada kena bayar sewa, kita kena pakai uniform dan pakai meter.

“Kalau bawa Uber semuanya tak payah dah lesen untuk bawa teksi pun mereka tak payah ambil. Sedangkan kita macam-macam kena bayar sebab kita ikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Jika nak kita bersaing secara sihat, pastikanlah ia persaingan yang sihat. Benarkan pengguna teksi bayar menggunakan kredit kad ataupun secara online ataupun kerajaan buatkan aplikasi seperti Uber tetapi untuk teksi.

“Jika itu yang kerajaan buat, kami boleh terima tetapi kerajaan tak buat apa-apa. Macam mana kami nak lawan dengan Uber?” ujarnya.-TMT

Comments are closed.