Selangor Sultan orders Mais to revoke Zamihan’s preaching credentials
October 16, 2017
MIB to resolve socio- economic problems of Indian community – Dr Subra
October 17, 2017

Kalimah Allah: SIB gagal dapat dokumen keputusan Kabinet

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan presidennya bagi mendapatkan dokumen berhubung keputusan Kabinet pada 1986 yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bukan Islam selepas memutuskan dokumen itu adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Annou Xavier, yang mewakili SIB dan presidennya, Datuk Jerry W. A. Dusing @ Jerry W. Patel dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan.

“Dokumen itu diklasifikasi di bawah OSA dan ia tidak boleh didedahkan kepada umum,” kata Annou ketika ditemui pemberita selepas mahkamah menetapkan 1 Nov untuk pengurusan kes.

Shamsul juga memaklumkan bahawa mahkamah memutuskan dokumen itu adalah di bawah OSA.

“ Mahkamah memberitahu bahawa ia tidak dalam kedudukan untuk meminta kami mendedahkan dokumen itu kecuali hanya mereka yang menentukan status rahsia boleh mengubah status itu

“ Mahkamah berpendapat penemuan dokumen itu dalam semakan kehakiman tidak perlu…oleh itu kita boleh meneruskan dengan bukti diberi serta dokumen yang dikemukakan,” kata Shamsul.

Dokumen itu dipohon Dusing dan SIB, selaku plaintif, dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 10 Dis 2007 terhadap KDN dan kerajaan berhubung haknya untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan dan amalan keagamaannya.

Kedua-dua plaintif memfailkan permohonan itu untuk mencabar keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang merampas buku agama mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Ia bagi memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dalam Bible Kristian, dan semua penerbitan dan bahan keagamaan lain.– Bernama

 

Comments are closed.