Lebih 200 kes pemerdagangan orang ke mahkamah setakat Jun
July 17, 2017
No by-election for Nenggiri seat
July 17, 2017

Kalau KJ tak mahu, Jamal boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno – Nazri

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Hasrat yang diluahkan oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno untuk menggantikan Khairy Jamaluddin didengari oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Memetik laporan media tempatan, Nazri berkata sekiranya Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno sekarang tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan Umno akan datang.

“Mengapa tidak, jika Khairy tidak lagi mahu jawatan sebagai ketua Pemuda, Jamal boleh bertanding, apa masalahnya?

“Saya rasa dia calon yang baik.

“Jika dia datang berjumpa, saya akan menyokongnya, tetapi dia tidak datang berjumpa dengan saya, itu adalah okay, itu hak dia,” katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

“Dia ahli DAP? Bukan. Kalau dia ahli Umno, okay,’ katanya.

Jamal meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno jika jawatan itu kosong selepas pilihan raya umum depan.

Pemimpin Baju Merah itu dilapor berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat Pemuda Umno Sungai Besar di Dewan Umno Sungai Besar, tengah hari tadi.

Comments are closed.