|Friday, October 31, 2014

Himpunan Black 505 Johor dipinda ke 16 Jun 

55

BATU PAHAT, 11 Jun:  Himpunan Black 505 Johor yang pada awalnya dijadualkan pada 14 Jun dipinda ke 16 Jun untuk memberi laluan kepada maklumat akhir dan persiapan himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Ahli parlimen Baru Pahat, Datuk Idris Jauzi telah mengesahkan Himpunan Black 505 Johor akan diadakan pada hari Ahad, 16 Jun ini di Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidatonya pada program yang bermula seawal jam 8 malam.

Manakala pemimpin lain yang turut serta dalam himpunan malam itu ialah ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat Johor.

Blackout 505 di Johor adalah siri akhir sebelum kemuncak himpunan Black 505 di Padang Merbok, 22 Jun ini