Siasatan dalaman FGV akan bermula 24 Julai – Sulaiman Mahbob
July 17, 2017
2016 Auditor-General’s Report still contains element of corruption – AG
July 17, 2017

Dari kosmetik ke mikrofon: Lagu nyanyian Datuk Vida ‘meletop’ di media sosial

 

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Bukan sahaja bergelar usahawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida kini sudah mula mengorak langkah awal untuk bergelar penghibur.

Lagu beliau yang berjudul ‘I Am Me’ yang diciptakan oleh Edry Abdul Halim memaparkan  usahawan kosmetik itu menari sambil menyanyi.

Selain mencuit hati, ada pengguna laman sosial Facebook yang menginginkan  lagu berkenaan tercalon dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Industri Musik (AIM)

Pengguna Facebook Pit Lerh berkata: “Harap lagu ini dapat masuk AJL. Liriknya sangat mendalam.”

Azlan Zainon Abidin berkata: “Semoga lagu DSV akan memasuki AJL tahun ini serta memenangi penyanyi wanita terbaik AIM.”

Ada juga kelibat pengguna media sosial yang tampil mengkritik lagu tersebut tapi tindakan itu diselar dan dipertahankan oleh peminat yang menyokong nyanyian beliau.

Tony Sony berkata: “Teruskan Dato, moga bisnes Dato bertambah maju. Biarkan duit dato bekepok yang kutuk tiada apa yang dapat.”

Selain itu, Syakir Fikri berkata: “Suka cara dia tarik pelanggan dia, dia tak kisah dia kena kecam ke apa ke, yang penting apa yang dibuat menjadi, itu la yang patut ada dalam diri kita, tak boleh berputus asa, dan sekarang Dato dah jadi jutawan dah.

Hasniza Razak pula berkata: Walaupun ada yang berpandangan sinis, saya tetap kagum degan confidence yang DSV ada.”

Bukan sahaja seronok didengari malah lagu tersebut turut boleh didedikasikan kepada sahabat handai, ahli keluarga terdekat serta orang tersayang.

Memetik laporan media tempatan, bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.

“Selepas merakamkan lagu tema sebuah rancangan realiti sebelum ini, dia menghubungi saya baru-baru ini menyatakan hasratnya mahukan sebuah lagu berbahasa Inggeris.

“Jadi, saya ambil lirik dan melodi yang ringkas untuk menceritakan tentang cara membina keyakinan diri.

“Dirinya sendiri pun lambang keyakinan seorang wanita dan I Am Me sangat sesuai dengannya,” katanya.

Video berdurasi 3.16 minit itu dikongsi menerusi laman rasmi Facebook RotiKaya, telah ditonton lebih 821 ribu kali dan dikongsi lebih 14,000 oleh netizen.

Comments are closed.