Only a change of gov’t can ‘exorcise’ the ‘ghosts’ of the 1MDB scandal – Kit Siang
September 20, 2017
ஒழுங்கீனச் செயல்களில் மாணவர்களா?
September 20, 2017

Belum habis isu pesta arak, kini pesta ‘tarian gay’ pula muncul

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Perbalahan mengenai pengajuran pesta arak masih lagi hangat diperkatakan oleh umat Islam namun kini negara digemparkan semula dengan penganjuran pra-pesta muzik tarian gay yang akan dikatakan bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 30 september ini.

Tidak mahu terus berdiam diri melihat penganjuran gaya hidup liar yang sering memilih Malaysia sebagai lokasi pengangjuran, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, penganjuran pesta arak mahupun pesta tarian gay adalah merupakan satu aktiviti yang merajakan nafsu buat manusia yang keliru mengenai jati diri mereka.

“Mereka memburu keseronokonan dunia dengan menempa kemurkaan Allah swt. Negara ini bakal hancur dan binasa jika mengundang kemurkaan Allah swt secara berterusan,” katanya dalam satu catatan di Facebook.

Oleh itu, jelasnya, gerak kerja dakwah Islamiyyah dan amar makruf nahi mungkar mesti berterusan dan dilipatgandakan.

Kelmarin, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak penganjuran Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan pada 6 dan 7 Oktober bulan depan selepas mendapat pelbagai bantahan daripada umat Islam.

Pada hari yang sama, Zaid menyindir pihak yang membantah penganjuran pesta arak berkenaan.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Zaid berkata kumpulan yang membantah itu dilihat lebih suka berpoligami berbanding penganjuran pesta, hiburan serta nyanyian.

“Yang bantah pesta ini kumpulan yang sama. Mereka tak mahu pesta, hiburan, tak mahu nyayian.

“Isteri dua tiga boleh, lagi muda lagi baik,” kata Zaid di dalam Facebooknya.

Bagaimanapun, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas catatan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim kerana dilihat menyindir pihak-pihak yang membantah penganjuran pesta arak pada Oktober ini.

Mohd Asri berkata, jika seseorang itu enggan bersetuju dengan penganjuran pesta arak, tidak bermakna seseorang itu juga menolak hiburan.

“Betapa banyak golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara santun. Bukan sahaja mereka bernasyid dan berselawat, tetapi mereka juga menyanyi dan menari dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras,” ujarnya dalam satu catatan di Facebook rasmi beliau.

Mohd Asti berkata, mereka yang bukan beragama Islam mempunyai hak untuk meminum arak tetapi penganjurannya akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam.

Semalam, bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim sekali lagi tampil menjawab kenyataan Mufti Perlis dengan mempersoalkan tindakan pihak yang membantah penganjuran festival Better Beer Festival 2017 sedangkan tiada pengharaman kemasukan alkohol itu dalam negara.

“Jika meminum bir adalah buruk maka mengapa tidak mengharamkannya. Mengapa hanya perayaan? Saya memanggil ini sebagai munafik.. Poligami telah disalahgunakan berkali-kali.

“Namun orang macam saya tidak pernah meminta larangan berpoligami. itulah maksud saya,” katanya dalam tweet menerusi akaun Twitter beliau.

Comments are closed.