Tiada kerugian besar dialami di Kelantan akibat banjir baru-baru ini
January 11, 2017
Ibu bapa, guru jijik dengan sikap warga asing berkeliaran di kawasan sekolah
January 11, 2017

Adenan berjiwa rakyat, kata Abdullah Saidol

KUCHING, 11 Jan: Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang di jiwanya melambangkan seorang anak Sarawak yang tulen dan dihatinya sentiasa memikirkan usaha mensejahterakan rakyat terutama sekali warga pendalaman, kata Abdullah Saidol, ketua setiausaha politik kepada ketua menteri Sarawak.

Abdullah merujuk kepada Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia tengah hari ini.

“Beliau telah menunjukkan satu nilai serta budaya kepimpinan yang disenangi dan dikagumi sama ada di peringkat negeri mahupun negara.

“Malah pemimpin pembangkang juga menyifatkan beliau sebagai Ketua Menteri yang benar-benar berjiwa rakyat,” kata Abdullah.

Menurutnya, sebagai ketua setiausaha politik Adenan, beliau sedih kerana kehilangan seorang ketua yang tegas, berani dan benar-benar ikhlas ingin melakukan yang terbaik untuk negeri Sarawak.

“Sifat kebapaan menjadikan beliau sangat dihormati di kalangan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dan setiausaha-setiausaha politik,” kata Abdullah.

— Bernama

 

Comments are closed.