Pelajar India mahu kerajaan kembalikan sistem kuota bagi kemasukan universiti awam – 1MISM
July 30, 2012
Global warming, a warning to all
July 30, 2012

1,000 tangki air untuk penduduk luar bandar di Beluran

BELURAN : Sebanyak 1,000 buah tangki air diagihkan kepada penduduk luar bandar di daerah ini bagi membantu mereka mendapatkan bekalan air melalui tadahan air hujan atau air bukit.

 

Pemberian tangki air itu disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Beluran dengan penerima kebanyakan mereka adalah peserta miskin di bawah e-Kasih.

 

Datuk Ronald Kiandee

Sebagai permulaan, 46 buah tangki tersebut diserahkan kepada penerima dari Kampung Ulu Sapi yang disempurnakan oleh Anggota Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee di kampung itu semalam.

 

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ronald berkata pemberian tangki itu merupakan antara usaha yang diambil oleh kerajaan bagi membantu penduduk luar bandar yang tiada bekalan air paip.

 

Beliau berkata pihaknya menyedari masalah beberapa kampung yang belum mendapat bekalan air disebabkan kawasan kampung yang terletak jauh di luar bandar dan di kawasan pulau. – BERNAMA

 

Comments are closed.